BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~mY pRoFiLe~

My photo
Malaysia
Perjalanan seorang hamba di bumi Allah.Mencari jawapan mengapa semua itu trjadi?(selalu pning kepala memikirkannya). Likes neutral...

18 September 2009

Ya Allah, Selamatkanlah Aqidah Bayi Ini!

Ada pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama. Sekarang sy bertugas di bahagian O&G di hospital tentera di Makassar. Selama 2 minggu ini sy kerja mlm. Alhamdulillah setakat ini, sy sudah bantu 5 org ibu bersalin & alhamdulillah smuanya selamat.

2 mlm lps, ada 3 ibu nak bersalin. Alhamdulillah bayi pertama sy sambut jam 8 mlm. Bayi ke-2 disambut oleh kwn sy g sama2 bertugas di situ. Kebetulan doktor muda yg bertugas di situ ada 7 org. Hanya sy & Dessy shj g dibenarkan utk membantu ibu melahirkan, dari sambut bayi lahir, plasenta, potong tali pusat, sampai di luka di jalan ibu yg terkoyak kerana kami berdua dah ikut latihan bantu persalinan sblm ini.

Masih ada seorg ibu yg blm bersalin mlm 2 di bilik bersalin. Tapi s lihat belum ada tanda2 g ia akan bersalin dlm waktu terdekat. Jadi s tinggalkan ibu di bwh pengawasan bidan. Sy & Dessy masuk ke bilik doktor jam 1 pg. Baru saja nak lelapkan mata, tiba2 pintu bilik diketuk org.

" Doc, ada ibu mau melahirkan..."

Dgn mata g mengantuk, sy & Dessy bangun menuju ke bilik bersalin. Sebaik shj sampai di sana, s terkejut, selaput ketuban ibunya sudah menonjol keluar dari jalan lahir. Dgn kalut sy siapkan alat & pakai sarung tangan. Dgn 1 tusukan, selaput ketubannya pecah & x lama kemudian muncul kepala bayi.

Dgn his g cukup, & kekuatan ibu g meneran, maka jam 2 pg lahirlah bai lelaki dgn berat bdn 2100 gram. Alhamdulillah smuanya selamat. Waktu menjahit luka, sy terlihat ibu wanita baru tiba di wad bersalin. Sy bertanya, mn suaminya? Ibu wanita td tiba2 emosi & berkata, " Doc, anakku ini baru kuliah". Sy ulang soalan yg sama "Ibu, di mn suami anak ta?" Ibunya hanya diam. Kemudian bidan meminta mak cik tadi tunggu di luar.

Sy pun rasa pelik, wanita ini dtg ke hospital cuma dihantar oleh 3 org rknnya. x ada suami & keluarganya yg dtg. Maknya pun datang lambat. Akhirnya sy tanya wanita itu sendiri, "Mn suaminya?" Dgn lemah dia menjawab, suaminya bekerja di Palu (1 daerah yg jauh dari Makassar).

Setelah selesi bertugas, sy keluar dari bllk bersalin. Sy lihat ada doktor senior sdg berckp dgn ibu wanita itu tadi. Doktor berkata, "Ibu, sy menolong anak ta atas dsr kemanusiaan. Selebihnya itu urusan keluarga ta. Kita slesaikan mi baik2. Sy nda mau ikut cmpur masalah keluarga ta". Mak cik itu hanya mengangguk. Sambil itu ada juga 2 org tentera yg bersama2 mak cik tersebut di situ. Salah seorg tentera tersebut menandatangani 1 surat tanggungjwb.

Setelah lama persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran sy, sy berjmpa & bertanya pd seorg bidan yg bertugas di situ. Akhirnya sy mndpt tahu cerita sebenar. Wanita tadi (yg berumur 20 thn) adalah merupakan seorg pelajar di Universiti negeri di Makassar. Dia hamil di luar nikah. Tentera yg menandatangani surat tanggugjwb tadi sbnarnya ingin mengambil bayi wanita itu untuk dijadikan anak angkat.

Tdk lama kemudian, ada lagi ibu bersalin. Sehingga subuh sy x tidur. Setelah subuh, seorg doktoe senior meminta sy menelefon lab utk mengambil keputusan hasil pemeriksaan hemoglobin, 2 jam setelah ibu2 bersalin. Sewaktu sy melihat status ibu yg melahirkan anak luar nikah tersebut, sy terkejut. Lelaki yg menandatangani surat tanggungjwb ke atas bayi itu seorg tentera yg beragama Kristian!!!

Sy segera berjmpa dgn ibu tadi. Sy bertanya, "Ibu, kita tau ji siapa yg kita mau kasi anak ta itu?" Dia menyatakan yg itu pak ciknya. Sy tahu dia berbohong. "Ibu kita tau ji apa agamanya?" Wanita itu hanya diam. "Doc, nnti pi tanya sepupuku".

Tak lama kemudian, sepupu wanita itu datang. Saya memanggil sepupunya keluar bilik. Saya cakap, "Mbak, kita tau ngak siapa yg mau ambil bayinya?" "Doc, saya kurang tau kerana saya baru tiba pagi ini".

Akhirnya saya mendapat berita dari bidan yang sama yang wanita itu tinggal serumah dengan Maknya. Tapi mak dia tak tahu dia hamil sebab perut dia kecil. Sewaktu dia sakit nak bersalin malam itu, barulah mak dia tahu yang dia hamil. Mak dia sangat marah. Tapi apa yang boleh dibuat. Nasi sudah menjadi bubur.

Sewaktu kawan-kawan wanita itu tiba di hadapan pintu masuk hospital, kebetulan bapak tentera yg beragama Kristian itu bertugas di situ. Dia tahu ceritanya. Jadi dia nak ambil baby tu jadi anak angkat sebab dia tidak ada anak. Dia yang bantu hantar wanita tersebut sampai ke wad bersalin dan tandatangan surat tanggungjawaban ke atas bayi dan biaya hospital.

Wanita ini Muslim. Saya terus ke tempat wanita itu tadi. Saya cakap, "Ibu, kita ini udah bikin dosa dengan berzina. Tapi syukurlah kita tak gugurkan anak ta. Tapi sekarang jangan kita tambah dosa ta dengan kasi anak ta pada orang yang bukan Islam" "Tapi ndak ada keluargaku yang mau itu bayi. Mamaku juga tak mau jaga dia. Saya masih kuliah".

Saya pun mati akal juga nak buat macam mana. "Ibu, daripada kita kasi anak ta pada bapak Kristian itu, biar mi saya aja yang jaga bayi ta" Tapi jauh dalam hati saya, kalau saya jadikan bayi tu anak angkat, apa kata orang pula. Saya belum menikah, bulan 6 ni dah grad. Pastu balik Malaysia. Takkan nak bawa baby tu sekali kot. Nanti jiran-jiran kata apa? Mesti orang ingat selama saya kat Indonesia ni, saya bersalin anak luar nikah jugak. Nauzubillah!

Tapi kalau saya setuju nak ambil bayi itu, tak mudah saya nak bagi pada orang lain jaga. Tak pasal-pasal saya dituduh jual baby pulak. Saya pun sibuk kat hospital. Saya yang nak jaga baby kalau saya kerja di hospital? Tapi klu sy x sukarela nak ambil bayi tu, pasti bapak tentera Kristian td tu yg ambil. Baby tu mak dia Muslim. Tak pasal2 dia kena ubah agama ikut Kristian. Pening jg dibuatnya.

Tiba2 dtg jiran wanita ni. Sepupu dia ckp jiran  2 ada kenalan org Islam yg nak jaga bayi itu. Diorg x ada anak. Mereka dah cuba hubungi keluarga muslim itu. Alhamdulillah. Sy tarik nafas lega. Pg 2 sy tenang hati bw blk motor ke rumah.  Walaupun penat & x cukup tidur semalaman, sy puas kerana dpt membantu kelahiran 3 org bayi (2 perempuan, 1 lelaki). Mlm itu, sehariansy tidur kerana penat sgt.

Mlm tadi jam 7 pm, sy dtg ke hospital tentera utk bertugas. Di tgh jln, sy jmpa bidan yg sama2 bertugas dgn sy mlm tadi. Sy tanya bidan itu, jd ke family Muslim 2 ambil baby 2? Bidan 2 cakap, "Ndak jd mi doc. Bapak tentera itu sdh ambil mi bayinya. Udah urus smua dokumen," kata bidan itu kesal. Sy terkejut besar!!! Sy tanya apakah wanita itu masih di hospital kerana sy nak pujuk dia lagi supaya x bg anaknya pd org Kristian itu. Tp bidan itu cakap wanita tu dah pulang paksa.

Sy minta izin masuk ke blk bayi utk melihat bayi itu. Bayi itu msh ada dlm inkubator kerana lahir x cukup berat bdn. Bayinya sihat, comel sgt. Masa 2 dia tgh tidur. Sy pegang jarinya. Sy x kuasa tahan air mata melihat bayi tersebut. Dia x salah apa2. Tiba2 bayi 2 terjaga  jari2 kecilnya menggenggam erat jari sy. Dia membuka matanya. Dia tengok sy. Air mata sy bertambah deras mengalir. Di dpn sy ada sorang bayi lelaki, bayi dai seorg rahim ibu yg Muslim. Tp nnti dia akan diambil & dibsrkan oleh seorg tentera yg beragama Kristian. Apa agama bayi ini kelak??? Sy kesal x dpt berbuat apa2. Andai sy tahu bayi ini akan diserahkan kpd org Kristian itu, mungkin sy akan bermati-matian memperthnkan bayi ini. Tp sdh terlambat. Smua dokumen sdh diurus & ditandatangani oleh ibunya. Sy juga x tahu knp bayi ini x jadi diserahkan kpd keluarga Muslim jirannya itu.

Sy hanya bisa membisikkan iqomah pd telinga bayi itu kerana sy tahu blum ada yg menganzankannya sejak dia dilahirkan. Sy kucup dahi bayi itu bbrpa kali & serahkan smuanya pd Allah SWT. Sesungguhnya sy sdh berusaha. Hanya doa yg bisa kirimkan supaya babi itu akan dipelihara aqidahnya oleh Allah kerana Allah lebih berkuasa atas segala-galanya.

Doakan smoga Allah pelihara keimanan kita smua & seluruh umat Islam. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Salam jihad dari Makassar.

NURUL HUSNA MANSHOR
Final Year
Medical Faculty
Hasanuddin University
Makassar, South Sulawesi
Indonesia

0 comment:

~sOdiQaTi~