BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~mY pRoFiLe~

My photo
Malaysia
Perjalanan seorang hamba di bumi Allah.Mencari jawapan mengapa semua itu trjadi?(selalu pning kepala memikirkannya). Likes neutral...

19 December 2010

Result PMR dah nak kuar dah....

Salam...

Ana di sini mhon mntak maaf skiranya byk ksilapn n skiranya byk wat salah kat smua yg mnonton blog nie...
Doakan spaya ana mndpt result yg EXCELLENT!.... :)

06 December 2010

Kenapa pakai tudung labuh? Tak rimas ka?

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.


Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. 

Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.


" Awak, boleh saya tanya?"



"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.



"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya. Saya terdiam. Tak


menyangka, itu soalannya. 


"Tapi kenapa ya?"



"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. 


Kelihatan dia benar-benar ingin tahu. Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan 

yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.


" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?" 


Dia mengangguk.


"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali 


tanpa menjawab dulu persoalannya.


"Erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan. "Sebab nak selamat 


la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.


"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangankan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan 


cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt?" Saya bertanya lagi untuk menduga.


"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah 


pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu 

bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati 

akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.


"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.



" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-


pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. 

Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar. 

Tak rimas ke? kadang-kadang orang tak selesa pakai seat-belt"


"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"



Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.



"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."



Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.



"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja 


dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. 

iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi dan dia 

semakin merenung saya sambil berfikir.


"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita 


mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt 

walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"


Dia menggeleng kepala tanpa suara.



" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. 


Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan 

ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih 

selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab 

dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di 

jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak 

kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.


" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai 


tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang 

berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku 

kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, 

tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " 

Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.


"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. 


Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan 

juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui 

pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia 

memandang bebola mata saya mencari pengertian.


"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang 


tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga 

keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa 

menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.


"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, 

memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon 

mengundur diri.


" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.



Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.



'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' 


Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan 

membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. amin.


dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja 


'pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...


~copy~

Nak Awet Muda?

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
~ Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
~ Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke     hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
~ Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
~ Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
~ Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
~ Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
~ Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
~ Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
~ Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
~ Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
~ Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
~ Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
~ Amalkan solat tahajud.
~ Sentiasa tenang dan bersikap positif.
~ Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
~ Maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s : ok, jom kita cuba!...

~sOdiQaTi~