BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

~mY pRoFiLe~

My photo
Malaysia
Perjalanan seorang hamba di bumi Allah.Mencari jawapan mengapa semua itu trjadi?(selalu pning kepala memikirkannya). Likes neutral...

19 December 2010

Result PMR dah nak kuar dah....

Salam...

Ana di sini mhon mntak maaf skiranya byk ksilapn n skiranya byk wat salah kat smua yg mnonton blog nie...
Doakan spaya ana mndpt result yg EXCELLENT!.... :)

06 December 2010

Kenapa pakai tudung labuh? Tak rimas ka?

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.


Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. 

Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.


" Awak, boleh saya tanya?"



"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.



"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya. Saya terdiam. Tak


menyangka, itu soalannya. 


"Tapi kenapa ya?"



"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. 


Kelihatan dia benar-benar ingin tahu. Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan 

yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.


" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?" 


Dia mengangguk.


"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali 


tanpa menjawab dulu persoalannya.


"Erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan. "Sebab nak selamat 


la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.


"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangankan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan 


cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt?" Saya bertanya lagi untuk menduga.


"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah 


pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu 

bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati 

akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.


"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.



" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-


pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. 

Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar. 

Tak rimas ke? kadang-kadang orang tak selesa pakai seat-belt"


"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"



Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.



"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."



Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.



"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja 


dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. 

iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi dan dia 

semakin merenung saya sambil berfikir.


"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita 


mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt 

walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"


Dia menggeleng kepala tanpa suara.



" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. 


Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan 

ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih 

selamat. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab 

dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di 

jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak 

kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.


" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai 


tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang 

berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku 

kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, 

tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " 

Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.


"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. 


Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan 

juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui 

pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia 

memandang bebola mata saya mencari pengertian.


"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang 


tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga 

keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa 

menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.


"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, 

memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon 

mengundur diri.


" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.



Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil bermonolog sendirian.



'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' 


Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan 

membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. amin.


dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja 


'pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...


~copy~

Nak Awet Muda?

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
~ Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
~ Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke     hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
~ Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
~ Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
~ Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
~ Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
~ Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
~ Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
~ Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
~ Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
~ Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
~ Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
~ Amalkan solat tahajud.
~ Sentiasa tenang dan bersikap positif.
~ Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
~ Maafkan semua orang sebelum tidur.

p/s : ok, jom kita cuba!...

23 November 2010

Lawak Punya Cerita (>_~)

Buangkan stress anda dengan membaca cerita di bawah...
DUDA DAN JANDA
Seorang duda beranak 6 telah mengahwini seorang janda beranak 4. Selepas berkahwin, mereka melahirkan 4 orang anak lagi. Pada suatu hari, berlaku pergaduhan antara anak-anak. Si ibu meminta bantuan dari si suami sambil berkata : Tolong! Tolong! Anak-anak aku dan anak-anak kau sedang memukul anak-anak kita!!

BUDAK CERDIK
Seorang budak berumur 3 tahun bertanya ibunya yang sedang hamil, "Apa yang ada di dalam perut mama tu? "Si ibu menjawab, "Ini adik awak." Budak itu bertanya lagi, "Adakah mama bencikan dia?" Jawab ibu, "Tidak sekali-kali!" Si budak berkata dengan penuh persoalan, "Habis kenapa mama menelannya?!"

BAPA SAYA KUAT!
A : Bapa saya berupaya mengangkat 6 orang dengan satu jari sahaja!
B : Adakah bapa awak seorang jaguh angkat berat?
A : Tidak, dia seorang pekerja lift!!

DUNIA ORANG SAKIT MENTAL
Dua orang sakit mental duduk berbual:
A : Semalam aku tengok dalam mimpi yang aku balik kampung dengan berjalan kaki!
B : Dan aku tengok dalam mimpi aku bahawa aku berada di hadapan satu hidangan yang dipenuhi daging, ikan, kuih-muih dan buah-buahan!
A : Kenapa kau tidak hubungi aku untuk makan sekali?
B : Aku sudah hubungi kau melalui telefon, mereka kata kau balik kampung!
 

akan datang... reunion ex-skptm (gen 95')

Salam.... Lama sudah ana x dodoi blog nie... kesian kat dy... x pe la, kita dah jd busy ( bolehla dikatakan busy) tp, nak buat mcm mana... dah x dak masa nak kasi makan kat blog nie....

Skrang ni, ana nak kasi makan kat blog nie sbb sekarang ana ada waktu... Ana nak coretkan di sini suatu berita gembira bg ana dan mungkin bg sahabat2 yg lain...



Di sini, ana nak bgtau kat korang smua... Ana sangat 'happy' sbb ana dpt berjumpa dgn kwn2 lama (ex-skptm) walaupun cuma berhubungan di alam maya (facebook). Jalinan persahabatan yg terbina selama 6 tahun (bg yang x pernah 1 skolah ngan ana time kecik2 dulu), telah ana ketemu jalannya dgn izin Allah. Ana bersyukur sangat walaupun kami tidak dapat bersua muka namun ukhwah kami sentiasa kekal. Mereka tidak pernah melupakan ana, dan ana pun x melupakan sahabat2 ana.


Insya-Allah, kengkawan ana bercadang akan membuat suatu program 'taaruf kembali' yg dipanggil 'reunion'.

Dengar2 nak wat reunion, rasa macam seronok sangat dpt berjumpa kengkawan lama yang selama ini susah kujumpai selama 3 tahun.(kalau bg korang, mesti sekejap sahaja kan). Tak mengapa, janji ana akan berjumpa dgn kengkawan lama. Tempatnya x dipastikan lagi. Insya-Allah dlm masa terdekat ini.

Perhatian kpd smua sahabat ana (ex-skptm), dijemput utk menghadiri reunion gen 95':
* nadia rozlan
* afifah rahman
* aisyah zainal abidin
* ummi kalsum
* mariyam
* nabila hanim
* amylia
* zatil iman
* aliah athirah
* suraya
* najwa syafiqah
* syahirah syahidan
* farzana
* fatin nabilah
* smua bdak lelaki

p/s : sorry kpd sesiapa nama2 yg tiada di atas, kita dah x ingat dah.... sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dgn  Afifah Rahman di halaman facebook atau di ..mantan skptm..huhu (group).

10 September 2010

Suara Hatiku...

Oh..... sedehnya Ramadhan meninggalkan kita. Rasa macam sat je posa.... Hu....Hu.... Rasa macam menyesal je sebabnya x byk pulon buat amalan2 yg baik kat bulan posa ini. Nak nangis pon dah x leh. Dah lepas dah bulan barakah ini.

"Ya Allah, sekiranya Engkau telah mentakdirkan hambaMu ini akan bertemu dgn Ramadhan yang berikutnya, maka pertemukanlah bulan yg mulia itu kpdku. HambaMu memohon kpdMu, Ya Allah."

Hari inilah 'Hari Kemenangan' kita dlm menyambut bulan Syawal 1431 H kerana kita dpt menghabiskan puasa selama 30 hari. Kepada yg berpuasa penuh, tahniah diucapkan. Sesiapa rasa puasanya x penuh sbb2 yg munasabah di sisi agama, maka jgn lupa nak qada'.

Akhir kalam, "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir n Batin.... Kullu a'men wa antum bikhair"

13 August 2010

Awas Kurma Israel Laknatullah! Jangan Jadi Pembunuh!

Jordan River


Menjelang Ramadhan yang penuh barakah ini,sudah tentu ada antara kita yang mencari cari kurma sebagi pemula semasa berbuka puasa. Namun anda semua mesti AWAS dengan kurma dari jenama 
"JORDAN RIVER"

Walaupun kurma ini didatangkan dengan kotak dan dicetak Jordan River,namun ia bukanlah dari Jordan tetapi dihasilkan dari Israel Laknatullah! Kurma ini telah diimport serta dikotakkan di Singapura dan diedarkan di pasaran Malaysia.

Kurma ini telah ditanam di suatu kawasan luas di bahagian timur Israel Laknatullah yang bersempadanan dengan Negara Palestin dan dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya serta ramai pekerjanya yang juga berbangsa yahudi.

Hasil jualan kurma kurma ini akan disalurkan kepada tabung pertubuhan pertubuhan yahudi. Pendedahan ini telah dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.



Kalahari


Terkini kurma ini juga dipasarkan dengan nama 
"KALAHARI" dengan tulisan Jordan River dicetak kecil pada kotak. Jangan kita turut sama menjadi pembunuh saudara saudara kita di Palestin sedangkan dalam masa yang sama kita melaungkan jihad dan kebencian kepada Israel Laknatullah!

11 August 2010

susah menjadi wanita islam

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^

09 July 2010

cara syaitan membuka aurat wanita

Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

~sOdiQaTi~